Walaubagaimanapun, ada juga berita ataupun kontroversi yang mengatakan pelakon didalam Rindu Awak 200% agak kekwat dan tidak melayan peminat dengan baik.
Ikuti luahan peminat tersebut dibawah:-
"Assalamualaikum ,
Disini saya ada perkara yang ingin diluahkan kepada anda dan juga peminatnya. Saya telah menghadiri majlis “open house Rindu Awak 200% Raya” yang dianjurkan oleh “Nescafe Blend & Brew”. Saya datang dari jauh dengan penuh perasaan TERUJA kerana inilah kali pertama saya bertemu mereka dan menyertai majlis seperti ini. Saya MENGHARAPKAN sesuatu yang menarik di majlis tersebut kerana saya peminat TEGAR pelakon RINDU AWAK 200% namun saya agak KECEWA dan TERKILAN sangat dengan salah seorang pelakon wanitanya yang SOMBONG dan TIDAK PANDAI melayani peminatnya. Tentu anda boleh agak siapakah pelakon wanita yang saya maksudkan.
Hal ini terjadi apabila saya ada cuba untuk bergambar dengannya, tetapi tidak dilayan. Malah, saya diminta untuk kembali ke meja makan saya setelah 10minit saya tunggu di meja makannya dengan alasan yang diberi oleh mereka yang menjaga meja makanan ialah “She’s eating” tetapi pada waktu itu sebenarnya dia sudah habis makan dan juga pada masa yang sama ada lagi peminat lain yang ingin gambar dengannya beserta “selfie”.
Kami dibiarkan begitu sahaja. Sehingga ada seorang kanak-kanak yang cuba untuk menggapai tangannya tetapi dia hanya memandang kanak-kanak tersebut dan berlalu pergi begitu sahaja kerana ada interview dengan TV9 tanpa menghiraukan kami dan kanak-kanak tersebut. Pada waktu itu saya merasa sangat geram dan marah kerana diperlakukan seperti itu. Pelakon itu hanya bertindak bersahaja.
Bukan niat saya untuk menjatuhkan karier pelakon tersebut tetapi saya hanya ingin menegur dan memberi nasihat kepadanya. Saya tahu popularitinya semakin melonjak naik tetapi tidak semestinya dia boleh melayan peminatnya begitu sahaja. Sebagai seorang pelakon semestinya dia perlu BERAMAH MESRA dengan semua peminatnya tanpa mengira siapa mereka. Pelakon tersebut perlu ingat tanpa peminat dia bukan sesiapa pun di industri seni ini, dan hidup kita ini umpama roda yang kejap diatas kejap dibawah. Saya harap pelakon tersebut lebih SENSITIF dengan keadaan sekeliling.
Sekian, terima kasih.:
Daripada : Peminat Rindu Awak 200%."
Bukan festtime ni dengar gossip cmni.. Iols rase pelakon Rindu Awak 200% terkejut beruk sebab tetiba famous. MOTIP??